Petikan menbincangkan manfaat cendawan terhadap kesihatan sipil.
Antara kebaikan cendawan ialah cendawan mengandungi nilai gizi dan zat makanan yang tinggi. Selain itu, pelbagai jenis jangkitan bakteria dapat diubati. Dari perspektif yang lain, cendawan dapat menghentikan masalah pendarahan serta mengurangkan tekanan darah tinggi. Seterusnya, cendawan dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh manusia. Di samping itu, cendawan boleh menjadi penawar kepada penyakit kanser.
Usaha-usaha memajukan perusahaan cendawan termasuklah peranan kerajaan untuk memberi peruntukan kepada pengusaha-pengusaha cendawan supaya mereka dapat menambah hasil produktiviti. Selain itu, media massa juga memainkan peranan yang penting dalam mempromosi perusahaan cendawan secara meluas seperti menghebahkan kegunaan cendawan dalam kesihatan di corong-corong radio.
Konklusinya, semua pihak wajar bersinergi bagi menjadikan cendawan sebagai salah satu daripada penyumbang kepada ekonomi negara.
(119 patah perkataan)