Friday, August 12, 2016

KARANGAN JENIS BERITA


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera para pembaca sekalian...!
Pada hari ini saya akan menerangkan serba sedikit tentang karangan jenis berita untuk pelajar-pelajar yang ingin menimba ilmu karangan jenis ini.

Format karangan berita:-

1. Gaya menulis karangan hampir menyamai karangan jenis laporan, cuma tidak ada tajuk dan maklumat pelapor di akhir laporan.

2. Gunakan bahasa yang mudah difahami. Karangan sepatutnya ringkas dan padat.

3. Mulakan berita dengan tempat kejadian dengan huruf besar diikuti dengan tarikh peristiwa tersebut berlaku, contohnya, 

KUALA LUMPUR, 9 Ogos 

4. Jangan lupakan pendahuluan, isi, dan penutup. Isi yang betulis hendaklah menarik dan mengandungi informasi-informasi penting.

5. Pengolahan isi menekankan aspek maklumat, gaya penyampaian dan struktur peristiwa yang mantap.


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger